Header Ads

test

ADUN, AHLI PARLIMEN JERAI BEKERJASAMA PIHAK KESIHATAN TANGANI COVID YAN - Kes COVID-19 di Daerah Yan mengalami peningkatan dan ...


ADUN, AHLI PARLIMEN JERAI BEKERJASAMA PIHAK KESIHATAN TANGANI COVID YAN - Kes COVID-19 di Daerah Yan mengalami peningkatan dan makin menbimbangkan. ADUN Sungai Limau, YB Mohd Azam Abdul Samat hadir bertemu Pegawai Kesihatan, Dr Rohana bagi mengetahui perkembangan COVID-19 di Daerah Yan. Menurut beliau, jumlah penduduk yang hadir untuk menjalankan saringan kontak rapat juga meningkat. "Oleh kerana tidak dapat berkumpul ramai, maka kehadiran pagi ini adalah untuk mengadakan perbincangan bersama Pejabat Kesihatan Daerah bagi mencadangkan beberapa langkah dan bantuan untuk dihulurkan. Banyak juga maklumat yang dapat daripada taklimat tersebut," ujarnya di pautan Facebook milik beliau. Katanya, dengan usaha yang dilaksanakan ini dapat membendung wabak dan meningkatkan kesedaran vaksin imunisasi di kalangan penduduk. Turut hadir, Ahli Parlimen Jerai, YB Sabri Azit. Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/26/2021, 7:00:52 PM 

Tiada ulasan