Header Ads

test

AMAL 'SELF LOCKDOWN' PUTUSKAN RANTAIAN COVID-19 ALOR SETAR - Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menggesa rakyat Ked...


AMAL 'SELF LOCKDOWN' PUTUSKAN RANTAIAN COVID-19 ALOR SETAR - Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menggesa rakyat Kedah melaksanakan 'self lockdown' di rumah masing-masing. Tegasnya, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini tidak seperti PKP1.0 dahulu, tetapi rakyat perlu telus dalam melaksanakan SOP yang kerajaan tetapkan. "PKP 3.0 ni pun 'lockdown' juga, cuma SOP tidak sama dengan PKP 1.0. Apabila dilaksana PKP 2.0 kerajaan pertimbangkan sekiranya ekonomi tak bergerak, kerajaan kena keluarkan sejumlah wang bernilai RM360 bilion untuk merangsang kegiatan ekonomi. "Ini melangkaui kemampuan kita. Bila dilaksana PKP 3.0, kerajaan terpaksa buka sektor ekonomi supaya bergerak. Ekonomi kena bergerak supaya kerajaan dapat biayai pandemik COVID-19 ini," katanya kepada siaran langsung Bicara Hello YB di radio Kedah FM di sini, hari ini. Beliau juga meminta kepada kakitangan kerajaan dan swasta yang melaksanakan bekerja dari rumah untuk bekerja dengan baik tanpa mengambil kesempatan di atas kelonggaran yang diberi. "Kita nak mengekang COVID-19 dan perlu kerjasama semua orang. Semua pihak yang ada di Kedah ini kena jujur dan ikhlas buat bagi sungguh-sungguh. Kalau orang kata kena duduk di rumah, duduklah di rumah. Bila orang bagi kelonggaran untuk beli barang, keluar beli barang sudahlah, jangan melilau," katanya lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #PatuhiSOP -UPDA 5/23/2021, 2:24:47 PM 

Tiada ulasan