Header Ads

test

Dema kut kapong tanya, dalam surat ni tulih tang penama. Dema pun nak thu surat tu kata apa. Yang dema thu, surat tu dari Pale...


Dema kut kapong tanya, dalam surat ni tulih tang penama. Dema pun nak thu surat tu kata apa. Yang dema thu, surat tu dari Palestin. Ada kawan hat pandey Bahasa Inggeris tolong terjemah:- ___________ Kedutaan Palestin Kuala Lumpur YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor Menteri Besar Negeri Kedah 20 Mei 2021 Yang Amat Berhormat, Assalamulaikum warmatullahi wabarakatuh Adalah menjadi suatu penghormatan yang besar bagi pihak Kerajaan dan Kepimpinan Palestin, untuk menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan atas sokongan tidak berbelah bagi YAB kepada Palestin, yang menyanggahi dan mengutuk serangan dan perancangan keji dan tidak berperi kemanusiaan Israel terhadap Al Quds Al Shareef, Al Aqsa Al Mubarak dan juga terhadap warga Palestin di tanah Gaza yang sedang ditawan - yang diterjemahkan dengan bantuan kewangan YAB yang sangat besar untuk mereka yang sangat memerlukan di Palestin. Ini adalah pentanda jelas bahawa Palestin memang bertahkta di hati orang-orang Malaysia. Saya amat berbangga dengan sokongan dan ikatan kuat yang terbentuk antara Malaysia dan Palestin dan saya amat berterima kasih atas sokongan padu YAB selama ini kepada perjuangan Palestin - aspirasi kebangsaan yang sah bagi warga Palestin. Sokongan ikhlas YAB memberikan kami harapan agar penjajahan tentera Israel akan berakhir jua. Kami akan meneruskan perjuangan untuk keadilan, kebebasan dan kemerdekaan dengan sokongan padu yang YAB berikan. Terimalah ikrar kami ini! Walid Abu Ali Duta Besar Palestin ___________ Terima kasih kepada Kedutaan Palestin. Ini bukan usaha saya seorang, ini usaha dan dokongan seluruh rakyat Negeri Kedah untuk Palestin! #AID4PALESTIN #savepalestine-UPDA 5/20/2021, 4:58:38 PM 

Tiada ulasan