Header Ads

test

DEWAN AL-FARABI BTPN JADI PKRC BARU ALOR SETAR - Kerajaan negeri bersetuju menjadikan Dewan Al-Farabi, Bahagian Teknologi Pend...


DEWAN AL-FARABI BTPN JADI PKRC BARU ALOR SETAR - Kerajaan negeri bersetuju menjadikan Dewan Al-Farabi, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTPN) Kedah sebagai tempat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di daerah Kota Setar. Menurut Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md, pemilihan ini dibuat bagi mengantikan Dewan Wawasan, Jitra yang mempunyai masalah prasarana dan mengambil masa yang panjang untuk diperbaiki. "Kapasiti ICU di Hospital Sultanah Bahiyah sudah mencecah 92 peratus, jadi saya ingin menasihati tuan-tuan janganlah memilih untuk masuk ke ICU kerana tempat itu sudah penuh. "Tinggal di rumah, jaga SOP, jangan keluar, jangan ambil ringan kepada peningkatan kes COVID-19 varian baharu ini kerana ianya sangat ganas," ujar beliau kepada media selepas mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, di Wisma Darul Aman, hari ini. Beliau turut menjelaskan varian baru ini perlu kepada penggunaan oksigen yang tinggi dan berkemungkinan kekurangan oksigen itu boleh berlaku. "Saya mencadangkan supaya semua membuat 'self lockdown' tidak perlu kepada penguatkuasa untuk pantau. Duduk di rumah, jaga diri masing-masing," katanya. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #PatuhiSOP #LindungDiri #lindungisemua -UPDA 5/19/2021, 2:54:57 PM 

Tiada ulasan