Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


NELAYAN ALAMI KERUGIAN BESAR AKIBAT DIBADAI OMBAK BESAR YAN - Para nelayan Kuala Sungai Limau mengalami kerugian besar akibat daripada ombak besar yang berlaku, baru-baru ini. Ahli Parlimen Jerai, YB Sabri Azit berkata kejadian ini telah menyebabkan para nelayan kehilangan punca pendapatan. "Bot yang dimiliki salah seorang nelayan telah pun karam dan tidak dapat digunakan lagi. Selain merosakkan bot, ombak besar berkenaan turut merosakkan kawasan parkir bot. Jalan tanah merah yang dibina bagi tujuan kemudahan kepada nelayan turut rosak. "Saya telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada ketua komuniti nelayan bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung mereka," ujarnya. Beliau juga berharap pihak berwajib memantau dan memberi perhatian yang serius terhadap lokasi berkenaan. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/29/2021, 5:00:22 PM 

Tiada ulasan