Header Ads

test

TUBUH PASUKAN KOMUNIKASI TAPIS MAKLUMAT PALSU POKOK SENA - Media kini menjadi sumber utama kepada rakyat bagi mengetahui isu-is...


TUBUH PASUKAN KOMUNIKASI TAPIS MAKLUMAT PALSU POKOK SENA - Media kini menjadi sumber utama kepada rakyat bagi mengetahui isu-isu semasa. Pengerusi Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, YB Romani Wan Salin berkata, semua maklumat yang diterima melalui media perlu ditapis agar rakyat terima dari sumber yang sahih sahaja. Bagi menangani isu maklumat palsu, satu pasukan komunikasi ditubuhkan bagi membantu rakyat mendapat maklumat yang betul. "Melalui pasukan ini, maklumat terkini berkaitan situasi semasa seperti SOP Perintah Kawalan Pergerakan, program vaksinasi, pembudayaan norma baharu dan lain-lain berkaitan Covid-19 yang lebih tepat akan dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Negeri Kedah kepada orang ramai bagi mengelakkan kekeliruan," katanya. Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat atas talian bersama Jabatan Penerangan Negeri Kedah, semalam. Jabatan ini akan memperkasakan penyampaian maklumat selain program Info On Wheels (IOW) yang sentiasa dilaksanakan oleh Pejabat Penerangan di setiap daerah. Pasukan ini akan dianggotai oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah, Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, Jabatan Penyiaran Negeri Kedah dan Jabatan Penerangan Negeri Kedah sebagai urusetia. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/28/2021, 2:45:08 PM 

Tiada ulasan