Header Ads

test

SYARIKAT AUSTRIA LABUR RM8.5 BILION DI KEDAH


SYARIKAT AUSTRIA LABUR RM8.5 BILION DI KEDAH

ALOR SETAR, 23 JUN: Pelaburan sebanyak RM8.5 billion oleh syarikat Austria Technologie and Systemtechnic AG (AT & S) bakal menyediakan 5,000 peluang pekerjaan bagi tenaga kerja mahir dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Kedah dan Malaysia.

AT&S merupakan pengeluar utama dunia bagi produk high-end printed circuit boards (PCB) dan integrated circuit (IC) substrates.

Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata sekurang-kurangnya 5 ribu orang jurutera dalam disiplin berkaitan diperlukan oleh syarikat berkenaan dalam fasa pertama yang akan mula beroperasi pada tahun 2024.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan bersama deligasi pelabur Austria yang diketuai Duta Besar Austria ke Malaysia, H.E Mr Micheal Postl di Pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, semalam.

Pertemuan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Paduka Ammar Datuk Shaikh Mahmood Naim; Exco Pelaburan Kedah, Datuk Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail; wakil Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA, Invest Kedah serta pegawai-pegawai kanan syarikat AT&S.

Kedatangan delegasi tersebut bagi meneruskan perbincangan lanjut bersama kerajaan negeri dan Kulim Technology Park Corporation, KTPC yang telah bermula sejak Februari lalu serta melihat kawasan yang akan dibina kilang di Taman Perindustrian Berteknologi Tinggi Kulim, KHTP.

10 Jun lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Mahiaddin Haji Md Yasin dalam kenyataan menerusi laman sosial facebook rasminya mengumumkan keputusan syarikat AT&S untuk melabur sebanyak RM8.5 billion bagi membangunkan fasiliti perkilangan mereka yang pertama di Asia Tenggara iaitu di KHTP.

Pelaburan daripada AT&S ini jelas menunjukkan keyakinan pelabur asing untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelaburan walaupun dunia sedang berhadapan dengan cabaran pandemik Covid-19.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Sumber: Berita RTM TV1, 23 JUN 2021

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#MediaMBKedah
#MBKedah
#pelaburanKedah 

Tiada ulasan