Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PEMBERIAN VAKSIN DI KUALA MUDA DIPERTINGKAT KEPADA 1000 SUNTIKAN KUALA MUDA - Kerajaan negeri melipat gandakan usaha bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi COVID-19 di Daerah Kuala Muda. Ia berikutan Kuala Muda menjadi antara daerah yang mempunyai jumlah kes COVID-19 yang tertinggi di Kedah. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata peningkatan kes ini disebabkan sektor ekonomi perindustrian. Di samping kedudukan geografi Kuala Muda yang terletak bersebelahan Pulau Pinang menyebabkan ramai penduduknya yang memilih untuk bekerja di sana dan menyebabkan jumlah kes import meningkat. "Sebahagian kes yang berlaku di Kedah ini adalah kluster import yang dibawa balik daripada Pulau Pinang. Penduduk Kuala Muda terdiri daripada orang luar yang berhijrah ke Kuala Muda untuk bekerja di sektor industri," ujarnya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kenanga, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) hari ini. Menurutnya lagi, seramai 325 ribu penduduk Kuala Muda yang layak menerima vaksin dan kerajaan negeri juga telah meningkatkan kadar pemberian vaksin kepada 1000 suntikan. "Saya akan memohon kebenaran khas kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk berurusan dengan ProtectHealth Corporation (PH Corp) untuk memohon kebenaran sebanyak yang mungkin kepada klinik dan pusat kesihatan swasta untuk dijadikan PPV. "Kita ada hospital pakar di Sungai Petani untuk membuat lebih banyak vaksinasi di klinik masing-masing untuk membantu KKM," katanya lagi. Beliau juga berharap KKM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memberi perhatian yang serius bagi menambah PPV di daerah-daerah yang besar di Kedah. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #bantukedahmenang #vaksin #jomvaksin -UPDA 6/2/2021, 5:30:20 PM 

Tiada ulasan