Header Ads

test

MAAHAD DINI SIK MERCU TANDA BAHARU KEDAH


MAAHAD DINI SIK MERCU TANDA BAHARU KEDAH

SIK - Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim yang juga Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melawat satu tapak yang diwakafkan oleh seorang individu pagi tadi.

Tanah seluas 15 relung di Kampung Batu Seketul, Sik ini akan dibangunkan pusat pendidikan bagi golongan asnaf sebagai Maahad Dini Sultan Abdul Halim.

Kompleks pendidikan ini akan menelan belanja sebanyak RM12.5 juta untuk didirikan sekolah serta asrama dan dijangka siap dalam masa dua tahun setengah. 

“Untuk kerja-kerja awal dah ada duit. Saya berharap, projek ini mendapat sokongan orang ramai untuk terus membayar zakat melalui LZNK. 

“Kita kena pakat bantu LZNK untuk sama-sama jayakan projek membina kompleks pendidikan ini, selari dengan matlamat kerajaan untuk jadikan Sik sebagai daerah ilmu,”ujar Muhammad Sanusi.

Katanya lagi, tanah seluas 30 ekar bakal ditambah bagi meluaskan lagi kawasan pembangunan maahad ini.

“Tempat ini cantik. Sangat sesuai untuk dibangunkan. 

“Terletak bersebelahan Tasik Beris, di kawasan berbukit, bakal menjadi satu lagi mercu tanda baharu untuk pembangunan negeri Kedah.

“Walaupun kemiskinan ini tidak dapat dihapuskan, tetapi kita dapat uruskan kemiskinan melalui projek ini,” kata beliau.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman 
#UPDA
#MediaMBKedah
#MBKedah

Tiada ulasan