Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MB ZIARAH KELUARGA MANGSA KEMALANGAN ALOR SETAR - Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menziarahi kediaman keluarga Solehuddin dan Wan Norshaziera di Kampung Kuala Alor tengahari tadi. Solehuddin masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah akibat kemalangan bulan lepas. Kini, keluarga Solehuddin menumpang di rumah ayahnya Wan Ahmad Wan Ariffin. Rumah kecil ini turut didiami 17 ahli keluarga selain keluarga Solehuddin. Menurut YAB, keluarga Solehuddin akan dipindahkan ke kediaman baru dalam masa terdekat. "Saya telah memberi komitmen untuk menguruskan semua persiapan dan perbelanjaan yang berkaitan. ''Rumah Pak Cik Wan Ahmad akan turut diperbaiki terutama lantai tingkat atas yang telah reput di makan anai-anai dan saya berharap semoga seluruh keluarga ini tabah dalam meneruskan segala cabaran dalam kehidupan,'' ujar Muhammad Sanusi. Katanya, beliau mengetahui mengenai keluarga ni menerusi warga maya yang menyampaikan hal ini melalui facebook. ''Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada warga maya yang menyampaikan hal ini kepada saya melalui facebook, dan yang turut membantu membekalkan keperluan keluarga ini terutama keperluan bayi mereka. ''Semoga kebaikan warga maya membantu mereka secara langsung dengan menularkan kisah mereka sehingga membangkitkan orang ramai turut membantu akan dibalas dengan ganjaran pahala oleh Allah SWT,'' katanya lagi. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah #BantuKedahMenang -UPDA 6/9/2021, 6:03:46 PM 

Tiada ulasan