Header Ads

test

NCIA TARIK PELABURAN KE KEDAH


NCIA TARIK PELABURAN KE KEDAH

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menyaksikan pelaburan bernilai RM8.705 bilion ke Kedah dalam Majlis Komitmen Pelaburan 2021 selepas tamat Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) pagi tadi. 

Jumlah komitmen keseluruhan adalah sebanyak RM16 bilion yang turut melibatkan tiga negeri lain iaitu Perlis, Pulau Pinang dan Perak ini bakal mencipta 19,652 peluang pekerjaan secara keseluruhan.

Pelaburan di Kedah melibatkan pembangunan projek di Kedah Rubber City (KRC) dan Kulim High Tech Park (KHTP). 

Menurutnya, daripada jumlah RM8.705 bilion itu, dua syarikat akan melabur di Kedah Rubber City (KRC) Padang Terap dan dua lagi di Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

KRC akan menerima pelaburan daripada Hong Seng Industries Sdn Bhd dalam bidang nitrile butadiene latex (NBR) berjumlah RM1.5 bilion dan menawarkan peluang pekerjaan kepada 2,600 orang. 

Selain itu, satu lagi pelaburan oleh LTS Logistics Sdn Bhd bagi membina gudang untuk depot kontena dan hub logistik bernilai RM55 juta. 30 peluang pekerjaan baru akan ditawarkan.

Pelaburan dua syarikat gergasi iaitu Infineon (RM2.65 bilion) dan Aspen Group (RM4.5 bilion) di KHTP pula berjumlah RM7.15 bilion menawarkan pekerjaan kepada 12,615 orang.

Perjanjian tersebut disaksikan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Haji Md Yassin, Menteri Besar Perlis, YB Datuk Seri Azlan Man, dan Menteri Besar Perak, YB Datuk Saarani Mohamad serta Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Chow Kon Yeow dan para pelabur.

Kejayaan ini adalah hasil inisiatif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

“Semoga semua perkembangan baik ini berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah,”ujar Muhammad Sanusi. 

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

# UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#MediaMBKedah
#MBKedah
#KRC
#KHTPP

Tiada ulasan