Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KEDAH TERIMA RM8.5B PELABURAN BARU PUTRAJAYA - RM8.5 bilion jumlah pelaburan baru dalam sektor pengeluaran di Kulim High Technology Park (KHTP)Kedah, ianya bakal menjadi hab pengeluaran pengilangan substrat papan litar bercetak (PCB) dan litar bersepadu (IC) substrat yang utama di Asia Tenggara. Ia berikutan kesediaan syarikat Austria Technologie & Systemtechnic AG (AT&S) memilih Kedah sebagai destinasi pelaburan mereka bagi membangunkan fasiliti perkilangan mereka. Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri di laman Facebook miliknya, semalam. Menurut beliau, projek tersebut akan bermula pada separuh tahun kedua tahun ini. Pelaburan ini bakal membuka 5000 peluang pekerjaan apabila kilang ini mula beroperasi menjelang tahun 2024. "Trend ini konsisten dengan jumlah pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2021 seperti yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) semalam. Pelaburan berjumlah RM8.5 bilion dalam sektor pengeluaran, perkhidmatan dan industri primer yang menunjukkan peningkatan 95.6 peratus dari suku yang sama tahun lepas," ujar beliau. Tambah Tan Sri Muhyiddin lagi, projek ini merupakan pelaburan yang dibawa masuk melalui inisiatif Skim Galakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Mesyuarat perbincangan bersama pihak syarikat AT&S secara maya tersebut turut disertai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah #MIDA #pelaburan -UPDA 6/11/2021, 10:51:42 AM 

Tiada ulasan