Header Ads

test

PPVI usaha pulih industri pelancongan Langkawi


PPVI usaha pulih industri pelancongan Langkawi

LANGKAWI - YAB Menteri Besar Haji Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini membuat tinjauan pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Langkawi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) di sini.

PPVI LICC yang berupaya menampung 3,000 penerima vaksin setiap hari ini adalah PPV yang ketiga di Pulau Legenda ini.

Dua PPV sedia ada ialah di Pusat Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan di Dewan Syifa.

Berbanding dengan PPV biasa yang dikendalikan oleh kerajaan, PPVI menggabungkan operasi vaksinasi kerajaan dan pihak swasta.

Dalam sidang media yang turut disertai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Hajjah Nancy Shukri, Haji Muhammad Sanusi berkata pembukaan PPVI bertujuan untuk mempercepatkan proses vaksinasi ke atas 76,400 penduduk Langkawi yang layak menerima vaksin daripada jumlah keseluruhan 111,500 orang.

“Kita menyasarkan 80 peratus penduduk Langkawi divaksin bagi membolehkan industri pelancongan dibuka semula September ini,” katanya.

Haji Muhammad Sanusi turut melahirkan rasa gembira apabila 80 peratus daripada penduduk pulau ini telah mendaftar menerusi MySejahtera sekali gus meletakkan daerah ini sebagai paling tinggi dalam pendaftaran MySejahtera berbanding daerah-daerah lain di Kedah.

Sementara itu, Hajjah Nancy pula berkata program usaha menjadikan Langkawi sebagai destinasi bebas COVID-19 itu termasuk dalam tiga fasa Pelan Pemulihan Pelancongan kementerian.

“Ini adalah projek rintis bawah program ‘green travel bubble’ yang kita laksanakan bagi memulihkan semula industri pelancongan negara yang menyebabkan ribuan orang hilang sumber pendapatan. Selepas Langkawi, kita akan laksanakan pula di lokasi-lokasi pelancongan yang lain seperti Pulau Pinang, Melaka, Johor, Pahang dan Sabah,” katanya.

Mengenai pemilihan Langkawi untuk program rintis itu, beliau berkata selain sebagai destinasi utama pelancongan negara, kedudukan pulau ini yang terasing daripada tanah besar memudahkan urusan pemantauan dan penilaian akan tahap keberkesanannya.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#covid19 
#vaksinlangkawi

Tiada ulasan