Header Ads

test

KEDAH UNDI 359 PROJEK G1,G2


KEDAH UNDI 359 PROJEK G1,G2

ALOR SETAR, 25 Julai - Sejumlah 359 kerja dengan nilai RM27.59 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk dilaksanakan di seluruh negeri menerusi undian atas talian, hari ini.

Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Isahak Murat berkata sebanyak 2,911 kontraktor daripada kelas G1 dan G2 telah menyertai undian itu yang dilaksanakan buat kali yang ketiga tahun ini.

Proses cabutan dilakukan oleh Menteri Besar, Haji Muhammad Sanusi Md Nor dengan disaksikan oleh kesemua kontraktor yang terlibat menerusi platform atas talian yang disediakan oleh Pejabat Pegawai Kewangan Negeri.

“Untuk fasa yang ketiga ini, kita sepatutnya adakan undian bulan lepas (Jun) namun ditangguhkan disebabkan PKPD. Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah membuat keputusan untuk diadakan hari ini,” katanya.

Isahak berkata, untuk fasa ini kebanyakan kerja yang ditawarkan ialah membaiki masjid, surau, tapak perkuburan, jalan kampung, jalan taman dan rumah penduduk miskin,” ujarnya.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#cabutanundiprojekKedah

Tiada ulasan