Header Ads

test

YAN PELABUHAN PERSEKUTUAN


YAN PELABUHAN PERSEKUTUAN 

ALOR SETAR - Kementerian Pengangkutan Malaysia mengisytihar Yan sebagai Pelabuhan Persekutuan di bawah Seksyen 5 dan 6 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. 

Berikutan itu, kerajaan negeri bersetuju memohon penubuhan Lembaga Pelabuhan Kedah (Kedah Port Authority) bagi mengawal selia pelabuhan tersebut termasuk Pelabuhan Telok Ewa Langkawi dan pelabuhan kecil yang lain yang kini dikawal selia oleh Penang Port. 

"Lembaga Pelabuhan Kedah ini haruslah mengambil kira semua kepentingan negeri Kedah, termasuk sebahagian kutipan cukai dan fee berkaitan harus diberikan kepada Kedah. 

"Kerajaan juga turut mencadangkan supaya kerajaan negeri dilibatkan dalam semua rancangan berkaitan Pelabuhan Yan dan pembangunan masyarakat setempat menjadi agenda penting pembangunan ini," katanya dalam kenyataan media Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah, semalam. 

Jelasnya lagi, penubuhan ini perlu selari dengan Pelan Pembangunan Kedah 2035 berkaitan isu-isu alam sekitar, batas sempadan pelabuhan, pembangunan bahagian daratan, pembangunan komponen lain di kawasan terbabit.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#pelabuhanYan

Tiada ulasan