Header Ads

test

KEDAH MULA TERIMA 226 RIBU DOS VAKSIN


KEDAH MULA TERIMA 226 RIBU DOS VAKSIN

ALOR SETAR - Kerajaan negeri mempersiapkan semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi, Awam dan juga Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) untuk memastikan keseluruhan 226 ribu dos yang diberikan Kerajaan Pusat mulai minggu ini berjaya capai sasaran suntikan kepada penerima yang layak.

Menurut Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, pencapaian terbaik setakat ini di Langkawi yang mencapai 88,137 penduduk yang telah disuntik. 

"PPV bergerak di Langkawi kita buat di Bukit Malut dan Pulau Tuba. Bukit Malut ini perlu kepada PPV bergerak kerana kesukaran mereka untuk keluar ke PPV awam atau integrasi di atas beberapa faktor ditambah pula dengan kediaman mereka yang terlalu berhimpit-himpit.

"Di Bukit Malut juga diberi suntikan vaksin kepada bukan warganegara untuk mengelak jangkitan merebak," katanya pada sidang media di atas talian, di sini, hari ini.

Beliau berharap agar penduduk Bukit Malut memberi kerjasama yang baik kepada agensi-agensi yang sedang menguatkuasakan PKPD dan juga membuat pendaftaran vaksin.

Tambahnya lagi, PIKAS di Kulim telah memulakan suntikan dos ke dua sejak dua hari yang lalu.

"Kita memohon lagi bekalan vaksin di PIKAS Kulim untuk memberi suntikan kepada pekerja industri yang bukan berasal dari Kulim Hi-Tech Park sekitar 18 ribu orang.

"Di Kulim juga buka satu lagi PPV di Padang Serai untuk pekerja industri dan orang awam," jelas Haji Sanusi.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#vaksin 
#covid_19

Tiada ulasan