Header Ads

test

20 WAKIL PENDUDUK TERIMA SUMBANGAN


20 WAKIL PENDUDUK TERIMA SUMBANGAN

POKOK SENA - 20 wakil penduduk terima sumbangan keperluan daripada ADUN Bukit Pinang, YB Romani Wan Salim di Masjid Nurul Ehsan, Langgar.

Beliau juga yang merupakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri berkata, sumbangan ini diberikan bagi menampung keperluan warga yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 ini.

"Saya ingin menyampaikan sedikit pesanan kepada semua agar menjadi agen penyampai maklumat yang tepat dan sahih kepada komuniti masing-masing," katanya.

Majlis ini diadakan secara ringkas dengan mengikuti SOP yang ditetapkan.

"Saya mengharapkan bantuan ini dapat sampai kepada mereka yang betul-betul memerlukan," ujarnya lagi.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#covid19
#kebajikan 

Tiada ulasan