Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI SUMBANG DRON, PENYAMAN UDARA KEPADA POLIS KEDAH


KERAJAAN NEGERI SUMBANG DRON, PENYAMAN UDARA KEPADA POLIS KEDAH

ALOR SETAR - Kerajaan negeri menyumbangkan dron dan penyaman udara mudah alih bernilai RM50,000 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah.

Dron tersebut akan digunakan untuk pemantauan operasi dari udara manakala penyaman udara akan ditempatkan di khemah-khemah sekatan jalan raya (SJR).

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor kepada Ketua Polis Kedah, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Paduka Ammar Dato' Shaikh Mahmood Naim.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#MBkedah
#lindungdirilindungsemua 
#patuhsop 
#BantuKedahMenang

Tiada ulasan