Header Ads

test

PEJABAT PARLIMEN JERAI TERIMA BANTUAN UNTUK AGIHAN MANGSA BENCANA


PEJABAT PARLIMEN JERAI TERIMA BANTUAN UNTUK AGIHAN MANGSA BENCANA

YAN - Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Sabri Azit menerima bantuan daripada pelbagai pihak untuk diedarkan kepada mangsa banjir kilat pada 18 Ogos baru-baru ini.

Menurut beliau, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyumbangkan 200 kotak makanan untuk penduduk Singkir.

"International Associations for Human Values Malaysia menyampaikan sumbangan air mineral dan roti kepada Parlimen Jerai bagi diagihkan kepada sukarelawan yang bertugas dalam misi membersihkan kawasan dilanda banjir kilat," ujarnya. 

Tambah beliau lagi, sehingga semalam sebanyak 962 rumah dari Mukim Yan, 200 rumah di Mukim Singkir dan 113 rumah dari Mukim Gurun yang terlibat.

Ahli Dewan Negara, YB Senator Ahmad Yahaya dan YB Ustaz Idris Ahmad turut hadir ke Pusat Operasi Jerai bagi mendengar taklimat perkembangan terbaru operasi bantuan bencana.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#MBKedah

Tiada ulasan