Header Ads

test

DAERAH YAN, KUALA MUDA DIISYTIHAR KAWASAN BENCANA TAHAP 1


DAERAH YAN, KUALA MUDA DIISYTIHAR KAWASAN BENCANA TAHAP 1

ALOR SETAR - Negeri Kedah mengisytiharkan Daerah Yan dan Kuala Muda sebagai Kawasan Bencana Tahap 1. Perkara tersebut dirujuk mengikut Arahan Tetap Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20. 

Menurut Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabatnya, pengurusan operasi bencana yang sewajarnya sedang dijalankan oleh semua agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan. 

Latihan bawah penyelarasan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dijalankan kepada pihak swasta dan badan sukarela yang ingin turut serta dalam operasi bencana.

Katanya, kerajaan negeri akan memastikan usaha pemulihan kawasan terlibat berjalan lancar.

Kerajaan turut merakamkan ucapan dukacita atas musibah bencana kepala air dan banjir lumpur yang meragut nyawa serta memusnahkan harta penduduk sekitar kaki Gunung Jerai.

Haji Sanusi turut mengingatkan berkaitan keselamatan petugas dalam menjalankan misi bantuan kerana wabak COVID-19 masih aktif dalam persekitaran.

#UrusSeriaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#kenyataanmediaMBKedah

Tiada ulasan