EXCO AGAMA MELAWAT OPERASI PENGURUSAN JENAZAH COVID-19
EXCO AGAMA MELAWAT OPERASI PENGURUSAN JENAZAH COVID-19
KULIM - Exco Agama, YB Brigedier Jeneral Dato' Haji Najmi Haji Ahmad mengadakan lawatan ke Unit Forensik Hospital Kulim bagi memantau pelaksanaan operasi pengurusan jenazah COVID-19.
Kunjungan tersebut turut disertai Exco Kesihatan, YB Dato' Dr. Mohd Hayati Othman.
Pengarah Hospital Kulim, Dr. Fauziah Abdul Wahab memberikan taklimat berkenaan pengoperasian hospital, pengurusan jenazah COVID-19, strategi menghadapi peningkatan kes COVID-19 dan kekangan yang dihadapi.
Pengarah Pertahanan Awam Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub turut menyatakan kesediaan anggotanya menyumbangkan tenaga dalam operasi mengendalikan pesakit COVID-19.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#covid19
Post a Comment