Header Ads

test

RM1.1 JUTA BAIKPULIH INFRASTRUKTUR SAWAH, BANTUAN PEMBATALAN MUSIM TANAMAN


RM1.1 JUTA BAIKPULIH INFRASTRUKTUR SAWAH, BANTUAN PEMBATALAN MUSIM TANAMAN

ALOR SETAR - Kawasan sawah padi yang musnah seluas 34 hektar di Kampung Titi Bakong dan Kampung Rendang Pasir, Yan dalam kejadian banjir lumpur Rabu minggu lalu akan dibaikpulih menggunakan peruntukan berjumlah RM1.1 juta. 

Tanaman padi yang terjejas ditenggelami air sedalam 1.2 meter dan berusia antara 75 hari hingga 100 hari.

Peruntukan terbabit diperoleh daripada keseluruhan peruntukan berjumlah 75 juta ringgit yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam lawatan rasminya ke Kedah, Isnin lalu.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), YB Ahmad Tarmizi Sulaiman memaklumkan daripada peruntukan RM 1.1 juta itu, RM495,000 daripadanya digunakan bagi membaiki kerosakan infrastruktur dan RM50,000 digunakan sebagai bantuan pembatalan musim tanaman 2/2021 di Skim Pengairan Lubok Boi seluas 15 hektar.

Menurutnya lagi, RM555,000 digunakan bagi membaikpulih sawah seperti kerja-kerja mengeluarkan enapan di dalam sawah, pemulihan kesuburan tanah, pitaran tanah sawah dan perataan tanah.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#petani

Tiada ulasan