Header Ads

test

RM1 JUTA PERUNTUKAN i-BAKIPT


RM1 JUTA PERUNTUKAN i-BAKIPT
 
ALOR SETAR - Kerajaan negeri memperuntukan RM1 juta Bantuan Awal Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Kedah (i-BAKIPT).

Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata tawaran ini hanya diberikan kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) secara sepenuh masa. 

"Sejak 22 Julai 2021, seramai 872 pelajar telah menerima insentif ini melibatkan peruntukan sebanyak RM261,600," katanya pada sidang media dalam talian, di sini hari ini.

Maklum beliau lagi, Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) membuka tawaran pinjaman kepada semua pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah. 

"Permohonan boleh dibuat atas talian melalui laman web http.sppnk.kedah.gov.my bermula 15 Ogos 2021 sehingga 18 September 2021.

"Anak-anak Kedah yang berkelayakan dan memenuhi syarat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa dalam negara di semua IPTA dan IPTS yang terpilih," jelas beliau.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#MBKedah

Tiada ulasan