TIADA AKTIVITI PEMBALAKAN DIJALANKAN
TIADA AKTIVITI PEMBALAKAN DIJALANKAN
YAN - Tiada aktiviti pembalakan dijalankan di Gunung Jerai yang mengakibatkan berlakunya banjir deras.
Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata banjir kilat yang berlaku ini disebabkan oleh fenomena kepala air di Puncak Gunung Jerai.
"Sebagaimana sedia maklum, berlaku musibah banjir kilat petang tadi di kawasan persekitaran Hutan Simpan Gunung Jerai.
"Untuk makluman, tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai kerana hutan simpan itu diwartakan sebagai Hutan Perlindungan," katanya.
Dalam kejadian ini, pihak bomba melaporkan telah menemukan seorang mangsa lemas di Pusat Rekreasi Titi Hayun terperangkap di celah kayu yang dihanyutkan air petang tadi.
#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#MBKedah
Post a Comment