Header Ads

test

FORMULA KERAJAAN JANA HASIL NEGERI ALOR SETAR


FORMULA KERAJAAN JANA HASIL NEGERI

ALOR SETAR – Strategi penjanaan semula hasil oleh kerajaan negeri membolehkan anggaran pendapatan negeri itu mencecah RM600 juta melebihi terimaan kerajaan negeri pada tahun 2021.
Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, hasil terimaan tersebut merupakan perbelanjaan daripada program-program yang tidak dapat dilaksanakan akibat COVID-19.
“Alhamdulillah, dengan berkat kerjasama ahli-ahli kerajaan, pegawai-pegawai yang sentiasa mengambil perhatian untuk meminimumkan perbelanjaan yang ada dan kita berikhtiar menambah pendapatan melalui kutipan-kutipan tunggakan.
"Selain itu, kita selidik tunggakan-tunggakan besar seperti premium tanah lapangan terbang. Kita akan teruskan tuntutan bayaran premium dan cukai yang tertunggak.
“Kita dapat buat simpanan yang banyak iaitu mencecah RM600 juta. Setakat ini rekod simpanan ini adalah pencapaian yang terbaik di negeri Kedah,” ujar Haji Sanusi menjawab pertanyaan ADUN Sungai Limau, YB Mohd Azam Abdul Samat di Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini.
Beliau turut menjelaskan berkaitan dengan jenis-jenis hasil yang diterima melalui Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai.
"Bagi Tahun 2021, sehingga 19 September 2021, terimaan Hasil Cukai sebanyak RM253,256,882.42 berbanding Bajet Tahun 2021
sebanyak RM314,378,510.00 iaitu 19.44% lebih rendah daripada anggaran.
"Hasil Bukan Cukai sebanyak RM202,938,871.02 berbanding Bajet Tahun 2021 sebanyak RM245,891,040.00 iaitu 17.47% lebih rendah daripada anggaran.
"Manakala Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM102,801,785.65 berbanding Bajet Tahun 2021 sebanyak RM159,730,450.00 iaitu 35.64% lebih rendah daripada anggaran," maklumnya lagi.
Katanya lagi, terimaan bukan hasil meliputi pulangan balik perbelanjaan dan terimaan daripada Kerajaan Persekutuan seperti yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan