Header Ads

test

KDYMM SUKACITA TERHADAP PEMBUKAAN LANGKAWI ALOR SETAR


KDYMM SUKACITA TERHADAP PEMBUKAAN LANGKAWI

ALOR SETAR – Keputusan kerajaan membuka pelancongan domestik di Langkawi melalui gelembung perjalanan memberi petanda baik untuk memulihkan sektor pelancongan di Pulau Peranginan itu.
Menteri Besar, YAB Haji Sanusi Md Nor berkata, Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sukacita terhadap pembukaan Langkawi.
“Saya harap pelan ini berjaya kerana Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) juga merancang untuk membuka banyak lagi lokasi-lokasi lain sebagai gelembung pelancongan. Garis panduan pada projek rintis pada gelembung pelancongan.
“Langkawi akan jadi garis panduan pada pembukaan lebih banyak destinasi pelancongan kepada rakyat bagi kita mengurangkan stress di kalangan penduduk yang telah lama menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas sidang Dewan Undangan Negeri Penggal Keempat kali ke 14 di Wisma Darul Aman, hari ini.
“Di kesempatan ini, saya berharap Langkawi dijadikan sebagai rintis dalam pelancongan serta dengan gelembung pelancongan ini dapat mengurangkan tegangan di kalangan orang ramai khususnya para pelancong yang menanti begitu lama.
“Saya menjemput seluruh negara, pelancongan domestik datang ke Langkawi dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan MOTAC dan banyak tempat di Langkawi telah pun dibuka untuk menyambut kedatangan para pelancong,” ujarnya.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan