Header Ads

test

KEDAH SASAR 1,000 KM DENAI SUNGAI MENJELANG 2030


KEDAH SASAR 1,000 KM DENAI SUNGAI MENJELANG 2030

ALOR SETAR – Kerajaan negeri menyasarkan pembinaan Denai Sungai Kebangsaan (DSK) sepanjang 1,000 km di seluruh negeri Kedah menjelang 2030.
Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Md Nor berkata melalui DSK ini akan dibangunkan sebagai lokasi rekreasi dan aktiviti pengindahan sungai.
Katanya, denai ini dibangunkan di tepi sungai bakal menggalakkan aktiviti beriadah dan berkelah dalam kalangan komuniti setempat.
“Dalam mendepani cabaran di masa hadapan, kerajaan negeri sentiasa proaktif dan komited bersama jabatan dan agensi untuk memastikan negeri Kedah dapat mengurangkan masalah banjir yang kerap berlaku di satu-satu tempat di dalam negeri ini.
“Untuk Rancangan Malaysia ke-12, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan dua projek baharu iaitu Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam di Alor Setar Utara, Bandar Darul Aman dan Pekan Kuah sebanyak RM7.5 juta di samping Rancangan Tepatan Banjir Bandar Baharu bernilai RM150 juta,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Hari Sungai Sedunia 2021 di laman Facebook Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, hari ini.
Maklum Haji Sanusi lagi, Jabatan Pengairan Sungai (JPS) turut mengemukakan 11 projek baharu yang bernilai RM402.1 juta kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk dipertimbangkan.
“Saya juga ingin menyeru kerjasama daripada Badan Korporat, Badan Bukan Kerajaan, pemimpin masyarakat, komuniti setempat dan orang ramai untuk bersama-sama berganding bahu menyelesaikan permasalahan pengurusan sumber air negeri demi menjamin kelestarian sungai dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air & Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Suraya Yaacob dan Pengarah JPS Negeri Kedah, Khuzai Hussain.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan