Header Ads

test

KEDAH2035 PACU PEMBANGUNAN MAMPAN NEGERI ALOR SETAR


KEDAH2035 PACU PEMBANGUNAN MAMPAN NEGERI

ALOR SETAR - Pelan Pembangunan Kedah 2035 (Kedah2035) mampu memacu perancangan pembangunan negeri yang lebih mampan. Hasil kerjasama antara Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri dan Economic & Financial Institute (ECoFI), UUM terbentuklah Kedah2035.
Menurut Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Kedah2035 adalah garapan daripada perancangan yang begitu lama sejak tahun 1990 dan disusun semula menjadi pembentukan Kedah2035, untuk memandu negeri ini dan rakyatnya.
Pelan pembangunan itu berasaskan kepada penyelarasan dan semak silang ke atas teras, strategi dan inisiatif yang telah dicadangkan sebelum ini di dalam pelan-pelan pembangunan yang terdahulu.
Menteri Besar berkata demikian ketika sesi penggulungan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Penggal Keempat kali ke-14 di Wisma Darul Aman, hari ini.
“Kedah2035 telah dibangunkan secara holistik dengan mengenalpasti kekuatan setiap daerah melalui sesi libat urus yang telah diadakan sepanjang tahun 2019 dan
2020."
"KEDAH2035 diselarikan dengan Tiga Rancangan Malaysia bersekali prinsip Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 untuk berkongsi kemakmuran secara bersama tanpa ‘no one is left behind’," ujar Haji Sanusi.
Tambahnya, Pelan Pembangunan Kedah 2019-2035 telah dilancarkan pada tahun 2018. Walaubagaimanapun, pada tahun 2019, pelan ini telah disemak semula dan ditambahbaik serta diselaraskan bersama-sama dengan Pelan Transformasi Kedah (2013-2018), Rancangan Struktur Negeri Kedah 2035 dan Rancangan Tempatan Daerah-daerah.
Mekanisme ini dilaksanakan bagi menyeragamkan perancangan pembangunan negeri selain daripada kelangsungan inisiatif-inisiatif yang telah dirancang dan masih kekal releven serta berpotensi untuk terus direalisasikan.
“Pelan Transformasi Kedah (2013-2018) telah melaksanakan beberapa inisiatif yang dirancang. Namun begitu, masih terdapat beberapa inisiatif yang belum dilaksanakan tetapi masih kekal releven untuk diteruskan seperti projek pengindahan Sungai Kedah dan Pembangunan Semula Pekan Melayu / Pekan Cina.
Projek ini telah ditambahbaik perancangannya untuk dibangunkan sebuah projek integrasi Pembangunan Sungai Kedah (Warisan Pelancongan),” ujar beliau lagi.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan