Header Ads

test

KEDAH ADALAH JIRAN YANG BAIK KEPADA PULAU PINANG





KEDAH ADALAH JIRAN YANG BAIK KEPADA PULAU PINANG

Prinsip Islam Terus Menjadi Tunggak Pentadbiran Kedah

Dalam soalan tambahan dalam sesi soalan lisan Sidang DUN Kedah pagi hari ini yang dikemukan oleh YB Adun Sungai Limau kepada YAB Adun Jeneri berkenaan projek-projek berimpak tinggi seperti KXP telah membangkitkan rasa kurang senang oleh negeri jiran seperti Pulau Pinang.
Apa yang saya tertarik jawapan balas oleh Adun Jeneri yang mengetuai pentadbiran kerajaan Kedah, Kedah sentiasa memberi jaminan kepada negeri jiran-jiran, kita tidak akan menjadi pesaing, sebaliknya Kedah akan menjadi negeri rakan yang saling melengkapi kepada infrasturktur yang sedia ada.
Sebagai contoh projek lapangan terbang KXP Kulim yang membangkitkan kebimbangan Pulau Pinang bahawa projek lapangan terbang tersebut memberi saingan kepada Lapangan Terbang Bayan Lepas, tetapi hakikat kebenaran yang patut diterima oleh semua pihak ialah Lapangan Terbang Bayan Lepas kekurangan keluasan tanah untuk memperbesarkan lapangan terbang tersebut sehingga terpaksa menambun laut, dengan hanya kapasiti maximum12 juta penumpang, Pulau Pinang tidak mampu untuk mencapai unjuran kapasiti kedepan sehingga 20juta penumpang, maka lapangan terbang KXP Kulim yang akan melengkapi keperluan infrastruktur di lapangan terbang Bayan Lepas.
Kedah akan menjadi jiran yang baik, akan penjadi pelengkap kepada negeri-negeri jiran, seiring dengan tuntutan Islam yang menganjurkan supaya berbuat baik dengan jiran tetangga. Mari kita perhatikan jawapan lisan YAB Menteri Besar Kedah yang mengangkat prinsip Islam dalam menguruskan hubungan dengan negeri jiran :
"Kalau kita hidup senang ,jiran kita susah, diakhirat nanti Tuhan akan tanya kita tentang jiran kita"
"Kita nak jadi insan yang baik,negeri yang baik, muslim yang baik, kita kena pastikan jiran kita tenang, senang dan bergembira berjiran dengan kita"
" Dan jika kita ada jiran yang jahat, selalu tuduh yang bukan-bukan kepada kita, tentulah kita ada hak untuk pertahankan diri kita"
Diakhir penegasan YAB Menteri Besar Kedah, Kedah akan memberi jaminan, Pulau Pinang akan aman selama mana berjiran dengan Kedah"
Dengan jaminan ini, saya yakin dengan prinsip Islam yang ditegaskan, Pulau Pinang tidak perlu merasa gusar dengan perancangan Kedah untuk memperlengkapkan infrastruktur di Kedah demi kebaikan dan manfaat rakyat di Kedah dan Pulau Pinang.

Nurul Amin Bin Hamid
Wisma Darul Aman
Hari Ke-2 Sidang Dun Kedah 21/09/2021

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


Tiada ulasan