Header Ads

test

KERAJAAN MOHON PERUNTUKAN JENIANG TRANSFER FASA DUA DISEGERAKAN


KERAJAAN MOHON PERUNTUKAN JENIANG TRANSFER FASA DUA DISEGERAKAN

ALOR SETAR – Kerajaan negeri memohon Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan pendahuluan peruntukan RM14 juta bagi projek Skim Pemindahan Air Jeniang (Jeniang Transfer) fasa dua dimasukkan dalam Bajet 2022.

Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan anggaran kos keseluruhan menelan belanja RM400 juta dan pendahuluan peruntukan perlu disegerakan bagi memulakan kerja-kerja pembinaan fasa kedua.

“Kerajaan negeri memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk disegerakan peruntukan bagi menyiapkan Projek Jeniang Transfer fasa dua.

Anggaran keseluruhan kos fasa dua bernilai RM400 juta yang mengandungi komponen seperti berikut iaitu terusan pemindah sepanjang tujuh kilometer, Empangan Nouk dan terusan penghantar,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan di Wisma Darul Aman, hari ini.

Katanya lagi, kerajaan negeri turut memohon melaksanakan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Kampung Terat Batu, Padang Serai yang menelan belanja RM336 juta. Peruntukan itu merangkumi komponen Ampang Jajar, kolam TAPS, rumah pam, muka sauk dan jajaran paip penghantar.

Tambahnya lagi, pemulihan hakisan pantai turut diberi keutamaan dalam mengembalikan semula sektor pelancongan di Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai yang bernilai RM34.2 juta.

“Kerajaan juga memohon untuk menaik taraf jalan daripada jambatan Sungai Layar ke Semeling, Kuala Muda bernilai RM 135.2 juta dan permohonan membina jalan persimpangan Suka Menanti ke Hutan Kampung dengan kos RM384 juta,” jelas beliau.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

#TAPS
#Jeniang
#naiktarafjalan

Tiada ulasan