Header Ads

test

KONSEP PELANCONGAN SUKAN AKTIFKAN MASYARAKAT LANGKAWI


KONSEP PELANCONGAN SUKAN AKTIFKAN MASYARAKAT

LANGKAWI - Hari Sukan Negara 2021 peringkat negeri Kedah disambut berkonsepkan pelancongan sukan (Sport Tourism).

Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata konsep yang dipilih ini membolehkan semua lapisan masyarakat terlibat dalam aktiviti sukan.

Beliau hadir merasmikan Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara (HSN) 2021 Peringkat Negeri Kedah di Dataran Chenang, Pulau Langkawi, hari ini.

"Sukan yang dianjurkan ini bukan sukan yang berprestasi tinggi. Sukan ini bertujuan menggalakkan semua orang terbabit dalam aktiviti kecergasan untuk menyihatkan badan, fizikal, mental dan rohani," ujar beliau ketika sidang media selepas majlis pelancaran.

Katanya, HSN 2021 ini satu batu loncatan bagi rakyat untuk kembali bersukan dan bersenam setelah lama berkurung akibat COVID-19 ini.

Menteri Besar turut mengingatkan rakyat Kedah yang tinggal di kawasan sempadan Kedah-Perlis agar tidak merentas negeri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


Tiada ulasan