Header Ads

test

EMPAT TELAGA TIUB WAKAF DIBINA


EMPAT TELAGA TIUB WAKAF DIBINA 
 
SUNGAI PETANI – Empat telaga tiub wakaf dibina oleh NGO Syabab Care Malaysia dengan kerjasama dari ADUN PANTAI MERDEKA di empat lokasi sekitar DUN Pantai Merdeka.
 
Majlis penyerahan projek telaga tiub wakaf kepada masyarakat kampung yang terlibat disempurnakan oleh ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim.

Empat lokasi pembinaan projek wakaf  tersebut adalah Maahad Tahfiz As Safwah Lil Banat, Kampung Padang Temusu, Pondok Nizomul Hayyah Kampung Tukang Jusoh, Tahfiz Nizomul Hayyah Lil Banat, Kampung Telok Amboi dan Surau Al Hilal, Kampung Pulau Sayak.
 
 “Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pewakaf, semoga telaga ini memberi manfaat kepada penduduk kampung dalam mengatasi masalah air terutamanya penduduk di Kampung Pulau Sayak,” ujar ADUN Pantai Merdeka.
 
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

#UrusSetiaPeneranganDarulAman 
#UPDA

Tiada ulasan