Header Ads

test

ASRAMA UNISHAMS BAKAL DIBINA


ASRAMA UNISHAMS BAKAL DIBINA

ALOR SETAR – Kerajaan negeri melantik perunding dan pemaju untuk pembinaan asrama Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia, YB Brigedier Jeneral Dato' Haji Najmi Haji Ahmad (B) berkata, kerajaan berhasrat untuk menjalankan pembinaan secara Build Operate Transfer (BOT) melalui Private Fund Initiative (PFI) yang boleh menempatkan 2000 orang pelajar.

Katanya, buat masa sekarang UniSHAMS mempunyai asrama yang boleh menempatkan seramai 800 pelajar di dalam Kampus.

"Kerajaan juga dalam perancangan untuk menyewa kemudahan di Kuarters Institusi Pendidikan SMK Batu Pekaka, Kuala Ketil yang disediakan oleh pihak swasta (640 tempat) yang dijangka siap baik pulih pada Jun 2022 sekiranya harga adalah bersesuaian.

“UniSHAMS baharu memulakan perbincangan mewujudkan Taman Siswa di taman perumahan berhampiran yang boleh menempatkan kira-kira 600-800 orang pelajar,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan ADUN Kota Siputeh, YB Dr. Salmee Said di perbahasan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kali Ke-14 di Wisma Darul Aman, hari ini.

Maklum beliau, seramai 4,399 pelajar yang mengikuti pengajian di UniSHAMS setakat Oktober 2021 ini.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


Tiada ulasan