Header Ads

test

JPKK DIHARAP MENJADI MATA TELINGA KERAJAAN



JPKK DIHARAP MENJADI MATA TELINGA KERAJAAN

ALOR SETAR – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) adalah barisan hadapan pihak kerajaan negeri dalam membantu memajukan pembangunan terutamanya di kawasan luar bandar.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmi Kemiskinan, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, kerajaan negeri komited dalam memperkasa peranan JPKK dari segi pengurusan dan kewangan.

“Peruntukan ini pada tahun 2021 memang ada, tetapi disebabkan dengan COVID-19 program tidak dapat dilaksanakan jadi peruntukan tidak dapat disalurkan. Akan tetapi peruntukan pada tahun 2022 ada dan akan disalurkan pada awal Januari ini.

“Besar harapan kerajaan supaya JPKK sentiasa menjadi mata dan telinga kerajaan agar tiada masalah isu kesusahan rakyat tertinggal atau tidak di cakna oleh pihak kerajaan. JPKK yang sememangnya dekat dengan rakyat akan mudah untuk menyalurkan maklumat dan mengembalikan maklum balas kepada kerajaan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika sesi menjawab persoalan ADUN Bayu, YB Nasir Idris semasa perbahasan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kali Ke-14 di Wisma Darul Aman, hari ini.

Tambah beliau, kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan RM50 ribu kepada setiap DUN bagi melaksanakan pembaikan kecil di bawah Program Desa Sejahtera.

“Pada Bajet 2022, kerajaan telah memperuntukkan RM50 ribu di bawah Desa Sejahtera. Saya yakin peranan ini yang dapat dimainkan oleh JPKK supaya rakyat di peringkat DUN tidak tertinggal untuk mendapat apa-apa bantuan daripada kerajaan.

“Besar harapan kerajaan supaya JPKK dapat turun padang mencadangkan pembaikan mana-mana kemudahan asas yang telah rosak seperti mini tar, titi, dewan serta pagar,” jelas beliau.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua''

Tiada ulasan