Header Ads

test

KEDAH PERUNTUKAN RM9.6 JUTA KEPADA PENDIGITILAN


KEDAH PERUNTUKAN RM9.6 JUTA KEPADA PENDIGITILAN

ALOR SETAR – Kerajaan negeri memperuntukkan RM9.6 juta bagi memangkin usaha ke arah pendigitalan perkhidmatan kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, YB Wan Romani Wan Salim berkata situasi pandemik COVID-19 menyebabkan semua golongan perlu mengadaptasi kepada transformasi digital bagi meningkatkan produktiviti.

“Bagi yang tiada pendapatan dan yang ingin meningkatkan pendapatan, kebergantungan kepada ekonomi digital adalah salah satu penyelesaian digital atau ‘digital solutions’.

“Pembangunan sistem atas talian ini secara tidak langsung dapat meningkatkan hasil kepada kerajaan negeri, mengurangkan kos pengurusan dan akhirnya akan memudahkan rakyat menggunakan perkhidmatan jabatan dan agensi negeri,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika sesi pergulungan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kali Ke-14 di Wisma Darul Aman, hari ini.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) atas kejayaan membangunkan pelbagai sistem atas talian seperti iDaftar, iUJKT, iPerolehan, iBayaq, iJanji, iPendaftaran dan iSara bagi meningkatkan kemajuan jabatan.

Katanya, sistem iPendaftaran dalam penambahbaikan di bahagian pendaftaran sama ada urusan carian hak milik boleh dibuat secara atas talian.
“Akan ada penambahbaikan dalam urusan di bahagian pendaftaran melalui pengenalan sistem iPendaftaran yang akan bermula atau ‘go live’ pada 1/12/2021.

“Melalui iPendaftaran, orang ramai boleh memohon carian persendirian, carian rasmi, urusan pertukaran maklumat hak milik secara atas talian, tanpa perlu hadir secara fizikal ke kaunter di Pejabat Tanah kecuali dalam situasi tertentu yang tidak dapat dielakkan,” ujar beliau.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


Tiada ulasan