Header Ads

test

KUTIPAN HASIL KEDAH MENINGKAT RM71 JUTA


KUTIPAN HASIL KEDAH MENINGKAT RM71 JUTA

ALOR SETAR - Kutipan hasil kerajaan sehingga November mencecah RM632 juta dan meningkat sebanyak RM71 juta berbanding tahun 2020.

ADUN Kuala Nerang, YB Haji Munir Haji Zakaria berkata, prestasi ini adalah hasil kerja keras tadbir urus yang berintegriti serta kesungguhan pimpinan di bawah tadbir Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor bersama pentadbiran kerajaan negeri.

“Untuk itu amat wajar, mereka dihargai dengan bonus RM1000. Moga menjadi motivasi kepada mereka untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang di masa mendatang,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kali Ke-14 di Wisma Darul Aman, semalam.

Maklum beliau lagi, antara kejayaan besar yang dicapai sepanjang 17 bulan kerajaan hari ini ialah berjaya mengumpulkan Simpanan Tetap sebanyak RM660 juta sehingga November 2021.

“Ia merupakan hasil kerja keras pemimpin negeri, jabatan dan kakitangan berpaksikan kepada sifat amanah dan takwa.

“Seiring dengannya, satu lagi nikmat kurniaan Tuhan yang menjadi kesyukuran dan kebanggaan kita rakyat Kedah ialah pelaburan RM44 bilion pada suku pertama 2021 yang bakal membawa peluang pekerjaan kepada lebih 4400 orang rakyat Kedah,” tambah beliau lagi.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan