Header Ads

test

ADUN PEDU SERAH 7000 BENIH IKAN TALAPIA





ADUN PEDU SERAH 7000 BENIH IKAN TALAPIA

NAKA – ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin menyerahkan benih ikan talapia merah berjumlah 7000 ekor kepada Rosli Saad wakil ahli Komuniti Sangkar Mong Gajah di Mong Gajah Tasik Pedu, baru-baru ini.

Menurut Mohd Radzi, bantuan yang diberikan ini adalah untuk memperluaskan perniagan ikan air tawar dan juga menjadi tarikan pelancong di DUN Pedu.

"Bantuan geran perikanan ini juga akan memberi pengeluaran hasil yang lebih tinggi dan secara tidak langsung akan menambah pendapatan ahli usahawan Komuniti Sangkar Mong Gajah,” ujar beliau.

Katanya, projek di bawah Dana Jaminan Makanan (DJM) ini diberikan oleh Pejabat Perikanan Negeri Kedah.

Rosli Saad berkata, geran yang diterima ini dapat meringankan beban usahawan perikanan air tawar semasa pandemik COVID-19 ini.

Hadir sama, Pengarah Perikanan Negeri Kedah, Shukri Deris dan Pegawai Khas Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pedu, Mohamad Talib.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


Tiada ulasan