Header Ads

test

MB RASMI PELANCARAN BUKU BIOGRAFI SASTERAWAN NEGARA











MB RASMI PELANCARAN BUKU BIOGRAFI SASTERAWAN NEGARA

SIK - Sasterawan Negara Professor Emeritus Dato’ Dr. Shahnon Ahmad ialah penulis yang sangat sayangkan bangsanya.

Ianya dapat dilihat menerusi karya beliau yang membangkitkan keinginan masyarakat untuk memahami isu yang diketengahkan.

Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran Buku Biografi Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, Anak Nan Bertuah hari ini di Dewan Sik Inn, Pekan Sik.

Majlis pelancaran ini dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Angkatan Sasterawan Nasional (ASASI) Kedah serta Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Sik.

Shahnon Ahmad lebih dikenali Cikgu Shahnon menulis novel Ranjau Sepanjang Jalan yang memberi ilham kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussin dalam mencetuskan penubuhan Lembaga Pertanian Muda (MADA) bawah Rancangan Malaysia ke-2 (RMK-2).

"Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa daripada pendedahan Allahyarham mengenai kemiskinan petani menerusi novel Ranjau Sepanjang Jalan itulah yang memberi ilham kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussin untuk menubuhkan MADA," kata Menteri Besar Kedah yang juga ADUN Jeneri.

Tambah Dato' Seri lagi, kesan daripada penulisan ini memberi sumbangan yang amat besar dalam pembinaan tamadun negara, bangsa termasuk bidang-bidang yang strategik seperti ekonomi dan pendidikan.

"Saya bertemu bahasa Sik ini dalam karya Datuk Dr. Shahnon Ahmad, antara contohnya 'Phokah' ini hanya orang Sik saja bercakap, orang lain tak bercakap iaitu dibuka dengan paksa atau pecah. Inilah istilah yang dipakai dalam karya Datuk Dr. Shahnon Ahmad,"ujar Dato' Seri.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


Tiada ulasan