Header Ads

test

SUKAN LASAK OFFROAD JADI DAYA TARIKAN BARU


















SUKAN LASAK OFFROAD JADI DAYA TARIKAN BARU

Program sukan lasak akan menjadi satu lagi pusat kegiatan dan mercu tanda industri pelancongan sukan di negeri Kedah.

Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor merasmikan Program Aras Niaga Offroad Challenge 2021 di Aras Niaga Extreme Park, Sungai Tok Pawang hari ini.

Dato’ Seri turut meluangkan masa bersama anak muda dan penggemar sukan motorsikal dan pacuan 4x4 lasak di Aras Niaga Extreme Park (Anex).

Beliau turut menaiki buggy meninjau litar dan kawasan setempat.

Menteri Besar berkata, trek ini bakal menjadi satu tarikan baru bagi penggemar sukan lasak ke negeri ini.

Program ini dianjurkan oleh Kumpulan Aras Niaga Berhad.

Aras niaga membangunkan trek seluas 225 hektar tersebut dia atas tanah milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SSI).

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan