Header Ads

test

HEBAHAN TEMUDUGA PROGRAM KHAS PEMBANGUNAN KREW VESEL PERIKANAN LAUT DALAM





HEBAHAN TEMUDUGA PROGRAM KHAS PEMBANGUNAN KREW VESEL PERIKANAN LAUT DALAM

ALOR SETAR - Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizuddin Shah (KPSN) Setiawan, Perak mempelawa 25 peserta untuk menghadiri sesi taklimat dan temuduga secara bersemuka di Program Khas Pembangunan Krew Vesel Perikanan Laut Dalam (MWA-2-134).

Program ini berlangsung pada tarikh 10 November 2021 pada jam 10.00 pagi bertempat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jerai.

Program Khas Pembangunan Krew Vesel Perikanan Laut Dalam (MWA-2-134) ini adalah anjuran Bahagian Pembangunan Kapasiti Latihan Pertanian (BPKLP) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk melahirkan tenaga mahir yang berkemahiran menjalankan tugasan sebagai krew kapal di vesel perikanan tangkapan laut.

Program ini juga bakal membuat panggilan pertama akhir tahun 2021 ini.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


Tiada ulasan