Header Ads

test

50 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS








50 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS

JITRA – Seramai 50 penduduk melibatkan 14 keluarga dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Dewan Tradisi Kampung Lembah Keriang, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah Saad hadir meninjau kawasan dan menghulurkan bantuan kepada mangsa.
“Saya berharap penduduk yang berada di kawasan rendah dan di tepi sungai untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat agar keselamatan terjamin,” kata beliau.
Beliau yang juga merupakan ADUN Bukit Kayu Hitam berkata, kampung sekitar Mukim Sungai Laka dan Mukim Temin turut dinaiki banjir.
Hadir sama, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Haji Muhammad Arof Darus.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua''

Tiada ulasan