Header Ads

test

LZNK TERIMA ZAKAT 9 SYARIKAT SEBANYAK RM1.72 JUTA


















LZNK TERIMA ZAKAT 9 SYARIKAT SEBANYAK RM1.72 JUTA

ALOR SETAR – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menerima bayaran zakat perniagaan daripada sembilan syarikat korporat di bawah kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) berjumlah RM1,720,594.20 diserahkan dalam satu majlis yang disaksikan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman, hari ini.

Kedah Medical Centre (KMC) mendahului senarai syarikat korporat dengan jumlah bayaran zakat perniagaan bagi tahun 2020 sebanyak RM645,594.20 dan diikuti Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) menunaikan zakat sebanyak RM500,000.

Syarikat seterusnya PKNK yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Haji Syed Yussof Syed Othman sebanyak RM400,000.00 diikuti dengan Bina Darul Aman Berhad (BDB) sebanyak RM145,000 dan Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd (KLPK) sebanyak RM 10,000.

Pada masa yang sama, antara syarikat lain yang turut melaksanakan zakat ialah Syarikat KSDC Insurance Brokers Sdn Bhd sebanyak RM5000, The Jerai Hotel sebanyak RM5000, Kynetics Land Sdn Bhd sebanyak RM5000 dan Darulaman Aset Sdn Bhd sebanyak RM5000.

Dato’ Seri Haji Sanusi berkata, semua syarikat yang telah menunaikan zakat pendapatan ini diberi sijil muzzaki oleh LZNK.

“Ini merupakan satu langkah ke depan yang sangat dialu-alukan oleh kerajaan negeri sesuai dengan slogan kita ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’ dan zakat yang diberikan ini adalah zakat perniagaan.

“Saya harap tahun depan lebih banyak lagi syarikat kerajaan, anak-anak syarikat dan syarikat swasta tampil untuk melaksanakan kewajipan berzakat khususnya zakat perniagaan,” kata beliau.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Dato' Syeikh Zakaria Othman.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


Tiada ulasan