Header Ads

test

PRESTASI GLC DIPULIHKAN


PRESTASI GLC DIPULIHKAN

ALOR SETAR – Pelantikan individu ke jawatan penting dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri adalah untuk menyelesaikan kepincangan, termasuk pengurusan dan tatacara kewangan syarikat selepas mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2020.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata pelantikan itu dibuat secara kontrak berdasarkan pengalaman dan kelayakan individu berkenaan.

“Kerajaan telah mengamalkan dasar pelantikan secara kontrak berasaskan merit bagi posisi pengurusan dan eksekutif tertinggi GLC.

“Sehubungan itu, penilaian kepada penyambungan kontrak lantikan ke jawatan utama GLC adalah berasaskan kebolehan dan kemahiran bagi memastikan tampuk pimpinan GLC sentiasa dalam keadaan terbaik serta kompeten untuk menerajui GLC.

“Kalau mereka tidak berperanan dengan baik sehingga melibatkan kerugian, kontrak perkhidmatan mereka tidak akan disambung,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Ghazali di perbahasan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kali Ke-14 di Wisma Darul Aman, hari ini.

Katanya, apabila kerajaan membuat pemutihan ini, keuntungan boleh dicapai sedikit demi sedikit dan melaksanakan penyusunan semula untuk membayar hutang-hutang lapuk.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan