Header Ads

test

70 MAHASISWA TERIMA IBAKIPT DUN JENERI JENERI


70 MAHASISWA TERIMA IBAKIPT DUN JENERI

JENERI – Seramai 70 mahasiswa terima Bantuan Awal Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi (iBAKIPT) bagi DUN Jeneri, semalam.

Bantuan ini disampaikan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Jeneri.

"Saya pesan kepada adik-adik yang hendak masuk ke universiti, pertama sekali mengaji bersungguh-sungguh dan bila berjaya nanti jangan sombong, kita kena ingat asal usul kita, tunjukkan kita berilmu dan akhlak. Saya sentiasa doakan adik-adik berjaya dunia dan akhirat,” ujar beliau.

Seorang penerima Nur Aini Athirah Mansor mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah atas bantuan kewangan yang diberikan.

Hadir sama, Pegawai Khas Ahli Parlimen Sik, Haji Yahya Wahab.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan