Header Ads

test

ADUN AYER HITAM ANJUR PROGRAM E-SPORT DEKATI BELIA


 

ADUN AYER HITAM ANJUR PROGRAM E-SPORT DEKATI BELIA

AYER HITAM – Seramai 100 belia menyertai program E-sports Tournament di perkarangan ANZ E-Sport, Bazar MARA Kerpan, baru-baru ini.

Program ini merupakan anjuran bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Ayer Hitam, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Kedah serta Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerlun.

ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim berkata penganjuran ini adalah untuk menarik minat belia dalam arena sukan.

“PKWR sentiasa meraikan minat anak-anak muda. Pelbagai program sukan telah disusun seperti futsal, bola sepak padang, badminton, kayuhan basikal, konvoi motosikal dan sepak raga tuju.

“Kejohanan yang julung kali dianjurkan ini mendapat sambutan di luar jangkaan. Anak-anak muda daripada pelbagai peringkat umur datang sejak awal pagi untuk mendaftar dan mengambil bahagian,” katanya.

Perasmian penutup program ini disempurnakan oleh Pengerusi Penyelaras PEMADAM Negeri Kedah, YB Dato’ Dr Mohd Hayati Othman.

Kata Mohd Hayati, acara sukan ini mempunyai kelebihan dan kelemahan yang perlu diseimbangkan.

Beliau mengulas kebaikan sukan ini adalah dapat menajamkan fikiran, mata dan tangan serta dapat menjana pendapatan.

”Yang buruknya pula jika bermain tanpa disiplin masa, ia akan menggangu masa tidur dan rehat serta merisikokan kesihatan akibat duduk terlalu lama," ujar beliau.

'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan