Header Ads

test

CDERT DITUBUHKAN DI PARLIMEN JERAI

 


CDERT DITUBUHKAN DI PARLIMEN JERAI

JERAI – Pasukan Sukarelawan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) Keluarga Malaysia ditubuhkan di Parlimen Jerai, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Sabri Azit merasmikan program pelancaran tersebut yang berlangsung di Dewan Kampung Pasir, Guar.

Katanya, pelaksanaan CDERT peringkat komuniti adalah untuk melahirkan komuniti yang berpengetahuan tentang kecemasan dan bencana.

“CDERT ini ditubuh bagi meningkatkan tindak balas masyarakat ke atas sebarang bencana. Ia juga bertujuan meningkatkan daya tahan komuniti ke atas impak sesuatu bencana,” ujar beliau.

Turut hadir, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Kedah, Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, Kapten Norlizawati Ismail, Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Yan, Nasriza Long dan Penghulu Mukim Sala Besar, Ahmad Shauqi Shaari.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan