Header Ads

test

99 PELAJAR POSITIF COVID

 


99 PELAJAR POSITIF COVID


PENDANG - Seramai 99 pelajar asrama Maktab Mahmud Pendang disahkan positif COVID-19 melibatkan Kluster Dah Penyarom.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman berkata, kes mula dikesan selepas terdapat pelajar perempuan mengalami gejala batuk dan demam.

Katanya, pelajar yang disahkan positif dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Dewan Wawasan, Jitra.

“Ketika ini, pelajar yang didapati negatif dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dan pelajar yang belum dapat keputusan mereka dipakaikan gelang merah jambu serta dikuarantin di asrama,” katanya.

Beliau hadir memberi sumbangan makanan dan minuman kepada pihak sekolah ketika sesi saringan COVID-19 diadakan di sekolah terbabit.

“Teruskan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan walaupun kita telah menerima vaksinasi,” ujar beliau.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

#ADUNTokai

Tiada ulasan