Header Ads

test

NGO THAILAND, YAYASAN AL-MANJIE SUMBANG RM600 RIBU BANTUAN BANJIR



NGO THAILAND, YAYASAN AL-MANJIE SUMBANG RM600 RIBU BANTUAN BANJIR

CHANGLUN - Bencana banjir yang melanda negara ini turut mendapat perhatian rakyat Thailand.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Thailand bersama Yayasan Al-Manjie berjaya mengumpulkan keseluruhan RM600 ribu. Daripada keseluruhan sumbangan, NGO Thailand berjaya mengumpulkan RM150 ribu.

Majlis penyerahan sumbangan daripada NGO Thailand kepada Yayasan Al-Manjie diadakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) serta disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato' Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff.

"Saya amat berbesar hati atas keprihatinan Kerajaan Negara Thailand kerana telah memudahkan urusan pihak NGO Thailand serta Yayasan Al-Manjie untuk menyampaikan sumbangan yang bernilai lebih dari RM600 ribu," ujarnya.

Menurut Timbalan Menteri, barangan yang diterima dalam majlis penyerahan tersebut ialah 30 tan beras, 3,000 kit kebersihan, 3,000 bantal, 1,500 selimut, 1,000 tikar, 1,000 alas tidur toto dan 1,000 unit alas toto.

Beliau turut memaklumkan peranan dan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat membantu mangsa banjir yang terjejas.

"Dalam usaha memastikan pengurusan kebajikan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sentiasa dalam keadaan yang bersiap siaga, sebanyak RM35 juta telah dibelanjakan oleh JKM bagi memastikan barangan keperluan mangsa banjir sentiasa mencukupi," ulasnya.

Turut hadir, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Muhammad Ridzuan Abu Yazid, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato' Hajah Halimaton Shaadiah Saad dan Pengasas Yayasan Al-Manjie, Zuwairi Japri Al-Manjie.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


Tiada ulasan