Header Ads

test

PIKAT TERIMA KUNJUNGAN BALAS PURNAMA 99

 


PIKAT TERIMA KUNJUNGAN BALAS PURNAMA 99

ALOR SETAR – Pertubuhan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Kedah (PIKAT) terima kunjung hormat daripada Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat (PURNAMA 99) di Dewan Melor, Seri Mentaloon baru-baru ini.

Pertemuan ini adalah untuk berkongsi maklumat dan program aktiviti yang boleh dilaksanakan di negeri masing-masing.

Hadir bersama dalam perjumpaan tersebut ialah Yang Dipertua PURNAMA, Datin Bentara Kanan Hajah Siti Zabidah Ab Hamid, juga isteri kepada YAB Menteri Besar Kelantan, Timbalan Yang Dipertua PURNAMA Datin Hasmani Husain dan Penasihat PURNAMA, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan