Header Ads

test

KEDAH BAKAL REALISASI MODAL INSAN BERINTEGRITI

 


KEDAH BAKAL REALISASI MODAL INSAN BERINTEGRITI

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah bakal melahirkan modal insan berintegriti melalui Program Pembangunan Insan yang menampilkan idea dan pandangan golongan profesional.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, misi pembangunan insan akan dikukuhkan melalui bengkel penyediaan panduan strategi dan idea.

Bengkel tersebut adalah bertujuan menentukan hala tuju baharu dalam agenda pembangunan insan negeri Kedah selaras dengan Pelan Pembangunan Kedah 2035.

"Bengkel ini merupakan platform kepada semua peserta untuk sama-sama berbincang dan menyumbangkan idea, cadangan atau pendapat golongan professional dari pelbagai bidang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama di Majlis Perasmian Bengkel Pelan Strategik Pembangunan Insan Negeri Kedah di Raia Hotel & Convention Center di sini, semalam.

“Pelan Kedah 2035 merupakan sebuah wawasan baharu pembangunan negeri kedah bagi tempoh jangka panjang melibatkan pembangunan sosioekonomi yang holistik agar negeri kedah menjadi sebuah negeri yang berdaya maju dan kompetitif di peringkat nasional dan global.

"Ia merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam memberi hala tuju baharu dalam membangunkan negeri kedah,” jelasnya.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, YB Romani Wan Salin dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan dan Kesejahteraan Masyarakat Negeri, YB Ustaz Salim Mahmood Al-Hafiz.


Tiada ulasan